Posts

Showing posts from July, 2020

metodologi kajian KPS AHMAD FIKRI A'ZIM BIN MOHD ARIFFIN

TAJUK: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN “PERANAN PIBG DALAM MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR” KUMPULAN: I AHMAD FIKRI A’ZIM BIN MOHD ARIFFIN D20191089643 4.0 METODOLOGI KAJIAN: Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.(Zubaidah Ali, 2017) Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian te...