metodologi kajian KPS AHMAD FIKRI A'ZIM BIN MOHD ARIFFIN


TAJUK: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
“PERANAN PIBG DALAM MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR”
KUMPULAN: I
AHMAD FIKRI A’ZIM BIN MOHD ARIFFIN
D20191089643


Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.(Zubaidah Ali, 2017)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian.

Metodologi kajian terbahagi kepada dua iaitu kuantitatif dan kualitatif. Secara dasarnya, kuantitatif adalah daripada perkataan kuantiti (Kamus DBP) iaitu jumlah atau bilangan. Chua (2006) mengatakan kuantitatif dikaitkan dengan data numereka dan keteptan yang mana berdasarkan penyelidikan inkuiri positivis yang menggunakan kajian eksperimental dan data numerika untuk dianalisis dengan ujian statistik. Di antara jenis-jenis kajian kuantitatif ialah kajian deskriptif, kajian kolerasi, causal comparative dan kajian eksperimental. Contoh penggunaan metode ini adalah soal selidik.

Manakala kualitatif adalah kajian yang tidak dapat dijelaskan dengan data numerika, yang mana terdapat perkara-perkara tertentu yang memerlukan pemerhatian yang teliti terutamanya yang berunsur emosi, motivasi dan empati (memahami orang lain) yang berkait dengan manusia, kumpulan tertentu atau keadaan semulajadi (Chua,2006). Contoh penggunaan metode ini adalah sperti pemerhatian, temu bual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Antara kajian ini ialah kajian Tindakan, kajian kes, kajian lapangan.










KAJIAN KUANTITATIF dan KUALITATIF
KAJIAN KUANTITATIF

Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kuantitatif:
i) Kajian Deskriptif
ii) Kajian Korelasi
iii) Causal Comparative
iv) Kajian Eksperimental

KAJIAN KUALITATIF

Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecilberbanding kajian kuantitatif.

Jenis-jenis kajian kualitatif:
i) Kajian Tindakan
ii) Kajian Kes
iii) Kajian Lapangan
iv) Analisis Dokumen

Berikut adalah metode yang kami telah gunakan dalam kajian:

  4.1 Metode Kepustakaan:
    Pengkaji telah membuat rujukan buku, jurnal dan tesis dalam melaksankan kajian terhadap tajuk yang diberi. Kajian perpustakaan sangat penting bagi pengkaji mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan. Hasil dari kajian perpustakaan telah banyak membantu pengkaji dalam mencari bahan berkaitan objektif 1 iaitu  maklumat tentang peranan PIBG dalam meningkatkan prestasi pelajar serta objektif 2 iaitu maklumat berkaitan peranan PIBG kepada persekitaran sekolah. Metode ini juga digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat berkaitan tugas-tugas ahli PIBG.




    4.2 Metode Temubual
     Pengkaji telah menemubual seorang guru di sebuah sekolah X bagi mendapatkan maklumat tambahan berkaitan tajuk kajian secara lebih terperinci. Guru tersebut merupakan Setiausaha persatuan PIBG di sekolah tersebut. Banyak maklumat yang dikongsi oleh guru tersebut berkaitan peranan PIBG kepada para peljar, masalah-masalah dalam persatuan, kadar sumbangan yang dipersetujui oleh ibu bapa semasa mesyuarat PIBG dijalankan dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG.



4.3 Metode Pemerhatian
Pengkaji telah membuat pemerhatian ke atas fail-fail PIBG di sekolah X bagi mendapatkan maklumat yang lebih kukuh dan tepat. Terdapat fail-fail pengurusan PIBG yang mencatatkan segala aktiviti yang berkaitan persatuan setiap tahun. Pengkaji juga dapat maklumat berkaitan tugas-tugas anggota PIBG dalam persatuan tersebut. Pengkaji juga telah berpeluang melihat minit mesyuarat persatuan dan juga rekod kewangan persatuan.

4.4 Metode internet.
Pengkaji juga telah menggunakan metode internet dalam mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan kajian dari pelbagai rangkaian seperti Google dan Youtube. Metode ini paling banyak pengkaji gunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan peranan PIBG dalam meningkatkan prestasi pelajar dan persekitaran sekolah, maklumat berkaitan masalah-masalah yang dihadapi PIBG dan juga pengkaji memperoleh dapatan berkaitan tugas-tugas khusus setiap ahli jawatankuasa persatuan PIBG.

Comments